8 PENDEKATAN MENANGANI ANAK MELAWAN KATA

Tentu sakit hati kita bila anak-anak sudah pandai melawan kata.  Sepatah kita cakap, 10 patah dijawab. Pasti terasa malu bila berlaku dikhalayak kan?  Seolah-olah kita tidak pandai mengajar anak tentang adab sopan bila bercakap.  Bagi mengelakkan sikap negatif ini berterusan hingga dewasa, mari kita kongsi bersama pendekatan berikut.

1⃣ Cakap sekali sahaja

Praktikkan dengan menggunakan isu anda sebagai contoh dan kemudian jangan mengungkit lagi.  Biarkan sahaja komen kurang enak dari anak kita.  Tinggalkan situasi ketika itu utk biasakan mereka dengan perkataan - Sudah!

2⃣ Bagi peluang mereka merungut

Asalkan segalanya dilakukan tidak melampaui batas, beri mereka peluang bersuara.  Paling tidak mereka akan bertanya ' kenapa saya kena buat camtu?'.  Tapi tak semestinya kita perlu menjawab.  Biasanya mereka merungut walau pada hakikatnya mereka akan menurut walaupun tak suka melakukannya.

3⃣ Tetapkan peraturan utk berdebat

Ada juga diantara anak-anak kita suka berdebat tentang sesuatu isu.  Jika begitu, tetapkan bagaimana cara isu itu boleh didebatkan.  Misalnya, tak boleh tinggi suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar cakap-cakap orang lain secara senyap.  Syarat tersebut melatih mereka membuat pilihan dimasa hadapan.  Selain itu kita perlu memahami ada sesetengah isu yg tidak boleh didebatkan dan memberi hak mutlak kepada kita sebagai ibu bapa membuat keputusan.  Jawapan seperti ' isu ini tidak perlu dibincangkan' adalah salah satu jawapan yg tepat.


 4⃣ Berikan pilihan

Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak utk membuat pilihan atau alternatif.  Anak yg suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang utk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan.  Contoh : ' Buat kerja sekolah awak sekarang'.  Tapi cuba tukarkan kepada ' Awak nak buat kerja sekolah atau menyapu rumah dulu?'.

5⃣ Jelaskan harapan anda

Luangkan masa untuk jelaskan kepada anak kenapa dan mengapa kita menegur mereka. Apa akibat dan kesannya.  Dengan cara ini, mereka mampu membezakan mana baik dan buruk sesuatu perkara itu.  

6⃣ Jangan biarkan

Bila anak-anak melawan kata-kata kita, hentikan perbualan dengan serta merta.  Beritahu mereka yg anda tidak dapat bertoleransi dengan sikapnya yg tidak menghormati anda.  Apabila situasi kembali tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman terhadap mereka yang melawan cakap anda.

7⃣ Didik

Jika anak anda yg biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan sungguh-sungguh dgn berkata ' apa yg sedang awak lakukan adalah salah dan ini sesekali tidak dibenarkan!. Cuba ingat kembali kenangan kita masa kecil dulu.  Mak kita selalu besarkan mata kat kita kalau kita tak dengar cakap.  Secara automatiknya kita akan takut kan? Hehe..Cuba ceritakan kisah tu pada anak-anak kita..mesti mereka tertarik dengan cara atuk nenek mereka dulu.


Sebenarnya didikan anak adalah bermula dari kita sendiri sebagai ibubapa.  Kitalah role model mereka.  Tunjukkan sifat dan tauladan yg baik kepada mereka maka itulah ikutan mereka.  Terapkan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka supaya terdorong menjadi anak yg soleh dan solehah.  Didikan agama dari awal sangat penting bagi membentuk peribadi dan sahsiah yg mulia.  Anak adalah permata, jaga dan sayangi mereka.  

Sekian..sampai jumpa. 

No comments:

Post a Comment