PUNCA DAN GEJALA DARAH TINGGI

Bercerita pasal darah tinggi..mmg ramai yg tau bahawa penyakit ini adalah di antara penyakit paling 'glamor' abad ini.  Bukan saja singgah pada mereka yang sudah berusia malah org yang lebih muda juga menghidapinya.  Saya sendiri menghidap darah tinggi selepas melahirkan ank ke-3.  Sampai sekarang saya masih mendapatkan rawatan susulan pihak hospital untuk memantau keadaan darah tinggi saya bg setiap 4 bulan.  Saya turut dibekalkan dengan 2 jenis ubat bagi mengawal darah tinggi saya.  Tp sekarang saya tidak lagi mengambil ubat darah tinggi tersebut spt yg disarankan doktor..haaaa..nk tau kenapa?bagaimana? tguuuuu next entry saya yek..hehe..Sekarang jom kita share apa itu darah tinggi...


DEFINISI
Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.
Tekanan darah ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran darah. Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi.
Seseorang itu boleh mempunyai tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa sedarinya. Ini adalah pada peringkat awal, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Masalah tekanan darah tinggi yang tidak dirawat akan meningkatkan risiko kesihatan yang ketara, khasnya serangan sakit jantung.
Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah hipertensi boleh dikatakan boleh mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, ia adalah sangat penting bagi anda supaya melakukan pemeriksaan badan setiap tahun. Jika anda ketahui bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda harus bekerjasama dengan doktor anda untuk mengawal masalah tersebut.


PUNCA
Terdapat dua jenis tekanan darah tinggi.
Tekanan Darah Tinggi Primer
Bagi orang dewasa, biasanya ia memang sukar untuk mengenalpasti punca sebenar tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi Primer atau hipertensi primer lebih cenderung untuk berkembang secara berperingkat selama bertahun-tahun.
Tekanan Darah Sekunder
  • Terdapat satu golong pesakit hipertensi yang mendapat tekanan darah tinggi disebabkan oleh keadaan kesihatan yang tertentu. Jenis tekanan darah tinggi ini disebut hipertensi sekunder, ia lebih cenderung untuk muncul tiba-tiba dan menyebabkan tekanan darah yang lebih tinggi daripada hipertensi primer. Pelbagai masalah kesihatan atau ubat-ubat yang boleh menyebabkan tekanan hipertensi sekunder seperti berikut:
  • Pertumbuhan tumor pada kelenjar adrenal
  • Masalah buah pinggang
  • Kecacatan tertentu dalam saluran darah sejak kelahiran
  • Sesetengah ubat, seperti ubat selesema, ubat anti-loya dan beberapa ubat terkawal, dadah haram seperti amfetamin dan kokain.

5 GEJALA Tekanan Darah Tinggi Yang Anda Harus Tahu…

Ramai pesakit tekanan darah tinggi, khasnya mereka yang usia masih muda sekitar 30-an terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa mereka telah ada masalah hipertensi semasa buat medical check-up. Pada peringkat awal, memang susah untuk dia orang menerima hakikat yang menyedihkan ini. Doktor mengesan hipertensi dengan blood pressure measuring device, jika bacaannya melebihi 120, maka mangsa itu akan digolongkan sebagai pesakit hipertensi. Selepas balik rumah, dia akan buka Internet dan cari senarai gejala tekanan darah tinggi dengan harapan boleh buktikan kepada doktor bahawa dia salah hukum!
Tak payah susah-susah cari sini sana. Berikut adalah 5 gejala tekanan darah tinggi yang biasanya terdapat pada pesakit hipertensi, jika anda mengalami sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ciri-ciri berikut, maka sudah confirm anda ada masalah hipertensi dan mungkin jadi mangsa serangan sakit jantung.
  1. Kerap Sakit Kepala – Gejala yang paling kerap dialami oleh pesakit hipertensi adalah sakit kepada atau migrain yang kerap serang, khasnya pada waktu petang atau semasa berada di tempat kerja (stress kononnya).
  2. Cepat Letih & Ngantuk – Salah satu sebab tekanan darah meningkat adalah kerana darah yang pekat dan lekit, jantung terpaksa pam dengan lebih kuat untuk gerakan darah. Darah yang pekat tak boleh bawa oksigen dengan lancar, apabila otak tak dapat oksigen dengan cukup, tentulah ia mahu ‘shut down’… Tidur…
  3. Tangan Kebas – Ekoran daripada pengaliran darah yang kurang lancar, maka penghantaran oksigen ke hujung-hujur jari tangan atau kaki akan terganggu. Tak ada oksigen dan nutrien, saraf jadi ‘gila’ dan hantar signal tak tentu.
  4. Nafsu Seks Menurun – Khasnya antara kaum lelaki. Penis lelaki jadi keras disebabkan darah yang mengisi ruang sponge. Jadi, apabila pengaliran darah tak lancar, macam mana ada darah yang cukup untuk isi alat batin itu? Tentulah Power kurang atau tak tahan lama…
  5. Gastrik – Ini merupakan satu gejala tekanan darah tinggi yang ramai orang tidak perasan. Mengikut pembacaan saya dr buku-buku kesihatan, majalah dan lain-lain, terdapat sebanyak 50% pesakit hipertensi turut menghidap masalah gastrik juga. 
Berapa gejala yang anda “kena”? Jangan panik! Walaupun sudah confirm adalah hipertensi, tak payah risau sangat. Makin risau, makin naik tekanan darah itu. Segala penyakit ada penawarnya…

“KENAPA Saya Dapat Tekanan Darah Tinggi Pada Usia Muda?”

Tekanan darah tinggi merupakan “Penyakit Orang Tua” yang biasanya dihidap oleh orang yang berusia sekurang-kurangnya 40-an ke atas. Malangnya, pada zaman moden yang serba canggih ini, semakin ramai orang yang muda sekitar 20-an dan 30-an menghidap tekanan darah tinggi pada usia muda. Nampaknya keadaan ini menjadi akan menjadi lebih berleluasa ekoran daripada rangkaian ‘fast food’ yang membuka cawangan lebih cepat daripada 7-Eleven.
Kenapa semakin ramai orang yang menjadi mangsa tekanan darah tinggi pada usia muda? Itu adalah persoalan yang kerap ditanya oleh pakar perubatan dan pemimpin negara. Masalah ini bukan setakat masalah individu lagi, ia merupakan ancaman kepada masa depan negara. Kalau sebahagian besar generasi muda rakyat negara ini telah menghidap tekanan darah tinggi pada usia muda, siapakah yang akan membina ekonomi dan mentadbir negara pada masa depan? Bukan sahaja produktiviti negara akan merosot, malah kerajaan turut perlu menanggung subsidi perubatan awam yang semakin bertambah.
Demi masa depan generasi muda kita, kita perlu menyelesaian masalah ini sebelum ia berkembang di luar kawalan. Hakikatnya adalah kita bukan dilahir dengan genetik untuk menghidap masalah tekanan darah tinggi, walaupun ramai doktor suka guna alasan “Keturunan Genetik” sebagai alasan untuk memaksa pesakit hipertensi menerima hakikat dan makan ubat hospital seperti dicadangkan.
Pada zaman dahulu, tanah ini tidak ramai orang yang meninggal dunia kerana masalah tekanan darah atau sakit jantung. Nenek moyang kita, tak kira apa bangsa pun, jarang yang menghidap hipertensi walaupun usia sudah mencecah lebih daripada 80! Jadi, jangan salahkan keturunan lagi! Ancaman hipertensi cuma menjadi berleluasa sejak negara ini mula membangun dari segi ekonomi dan hidup rakyat mula menjadi selesa.
Keselesaan yang keterlaluan merupakan punca utama kenapa ramai orang menghidap tekanan darah tinggi pada usia muda! Manusia sekarang makan terlalu banyak! Duduk terlalu banyak! Fikir terlalu banyak! Facebook terlalu lama! Tidur terlalu lewat! Itulah sebab kenapa kesihatan badan menjadi kelam kabut dan akhirnya mendapat macam-macam penyakit moden pada usia muda, antaranya adalahkencing manissakit gouttekanan darah tinggi, dan… kanser!
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan kita.  Mencegah itu lebih baik dr mengubati..Sampai jumpa..

No comments:

Post a Comment