3 BAHAN RINGKAS UNTUK RESEPI SAHUR PALING AWESOME

Bila start bulan puasa, ramai yg share resepi utk menu berbuka kan? Tp jarang yg share menu utk bersahur padahal masa sahur la kita perlu ambil makanan atau menu yg sesuai utk membekalkan tenaga sepanjang hari berpuasa.  Jadi, mari saya kongsikan satu resepi yg sangat mudah lg berkhasiat serta memberikan tenaga. Sebelum tu, saya nk kongsikan kebaikan 2 drpd bahan utama menu saya ini. Apakah?

Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Kurma di iktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai buah yang bagus untuk otak.
Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.
Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda Baginda:
“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah swt telah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa as. Ini membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi manusia.

Madu

Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidip manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Madu

Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak.  Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian maklumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.

Ok..da tau kebaikan 2 bahan ni kan? Jom saya share resepinya.

Bahan-bahan :

3 biji kurma (kalau suka banyak..letak lebih)

1 1/2 sudu madu

2 scoop #ESP

Cara-cara :

Isi air suam atau air sejuk sebanyak 300 ml ke dalam blender, masukkan #ESP. Carik-carikkan kurma dan masukkan madu. Kemudian blendkan kesemuanya sekali. 

Kalau saya, saya tak blendkan kurma tu sampai hancur.  Jadikan serpihan-serpihan kecil supaya masa minum nanti boleh kunyah-kunyah macam kita makan cendol tu..hihi...Dah siap..boleh minum..trust me..memang sedap dan sangat memberi tenaga.  Takde la kita rasa letih sangat siang harinya.  Menu ni boleh juga minum masa berbuka untuk mengembalikan tenaga.  Bagi yg minum ais boleh la campurkan ais masa blend tu..cam ice blended..yummy!!

Itu saja yg dapat saya kongsikan kali ni..Selamat mencuba..Sampai jumpa..Assalamualaikum..

RISIKO, JENIS DAN CARA MENGATASI MASALAH BATU KARANG


Baru-baru ni ada 2 orang cikgu kat sekolah saya masuk hospital sebab batu karang.  Sorang batu karang dalam hempedu, sorang lagi dalam buah pinggang.  Sampai kena operate.  Dua-dua tak tau mereka ada batu karang.  Perasan bila nak buang air kecil rasa tak lawas.  Pastu rasa sakit dan tak selesa kat pinggang.  Bila pergi check dgn doktor, doktor terus sahkan dah ada batu karang.  Tak terkejut diorang..bila tiba-tiba doktor cakap ada batu karang sebab mereka sendiri tak tau apa simptom atau tanda-tanda sakit batu karang.  Atas kesedaran itu, saya pun cari maklumat tentang batu karang yang saya sendiri dan mungkin juga ramai yang tidak tahu punca dan simptomnya.  Mari saya kongsi dengan korang semua...

Atasi Saki Batu Karang




Air kencing mengandungi garam galian yang hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dipanggil ‘batu’.
Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Adakalanya dinamakan renal colic iaitu sakit teruk pada sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasa sebarang tanda. Tapi ada juga yang berasa terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit ialah melalui pembedahan selain rawatan ultrabunyi.
Risiko Terjadinya Batu Karang
  1. Kurang minum air : Jika tidak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.  Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  2. Sejarah keluarga atau sendiri : Masalah batu karang juga disebabkan faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  3. Umur : Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  4. Jantina : Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  5. Penyakit tertentu : Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  6. Kesan sampingan ubat : Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  7. Pemakanan : Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  8. Kurang bergerak : Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.


4 Jenis Batu Karang
  1. Batu kalsium : Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  2. Batu struvite : Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  3. Batu asid urik : Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  4. Batu sistein : Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino yang berlebihan.

Batu Karang Dalam Buah Pinggang

Terjadi akibat pertumbuhan kristal halus daripada beberapa jenis kimia seperti kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine serta magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.
Kebanyakan batu tumbuh dan membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan menjadi bertambah besar. Masalah akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar hingga mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing.
Cara Mengubati
Kaedah merawat berbeza mengikut keadaan. Jika batu-batu ini dapat keluar secara semula jadi, pesakit akan disuruh minum air dengan banyak iaitu tiga liter sehari. Cara ini dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga perlu diubah bagi mengurangkan bahan kimia yang ada dalam badan pesakit.
Bagi kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, pembedahan akan dijalankan. Penyakit ginjal memerlukan rawatan sepanjang hayat. Jika tersekat dan kuman mula merebak, ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
 Batu Karang Dalam Hempedu
Hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil.
Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) yang akan mula memecahkan lemak dalam makanan.
Tetapi, jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ini akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Cara Mengubati

1. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil untuk memecahkan batu. Hanya beberapa lubang kecil akan dilakukan dan pesakit akan berasa kurang sakit.
2. Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas pembedahan dilakukan, hati akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencerna diet yang normal.
3. Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batubatu kolestrol dalam tempoh yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
4. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang. Namun, batu ini akan terbentuk kembali melainkan jika mengambil ursodial secara berterusan.

Langkah Mengatasi Masalah Batu Karang
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Cara Tradisional Merawat Batu Karang
Nenas
Kupas sebiji nenas, cincang kemudian campurkan dengan segelas air bersama sedikit garam.  Kemudian kisar sehingga halus.  Amalkan minum segelas sehari.

Lobak Putih
Cara yang sama seperti nenas juga.  Kisar dan jadikan jus.  Jangan minum setiap hari kerana jus lobak putih agak 'tajam'.  Cukuplah minum 2 kali seminggu sahaja.



Bagaimana korang?  Banyak yang kita tak tau kan pasal batu karang ni?  Merbahaya kalau kita tak jaga dan cegah dari awal.  Jadi, itu saja yang dapat saya kongsikan utk entry kali ni.  Mari kita jaga kesihatan demi hidup yang lebih sihat.

Sampai jumpa. Assalamualaikum..






RAMBUT GUGUR DAN 4 CARA MUDAH MENGATASINYA




Masalah Rambut Gugur? Punca dan Cara Mengatasinya…

Masalah rambut gugur adalah perkara normal kerana setiap hari purata 100 helai rambut kita akan gugur. Jadi rambut gugur bukanlah satu masalah. Tetapi siapa pun tak sanggup nak tengok rambut bersepah-sepah kan? Dari dalam bilik ke ruang tamu..ruang tamu ke dapur..ade je rambut..geram kan tengok..jom tengok apa puncanya..
Apa punca terjadinya masalah rambut gugur?

  1. Stress atau tekanan –> Mereka yang bekerja banyak menggunakan
    Of buying http://orderrxtabsonline.com/levitra-20-mg-for-sale/ Sally’s than http://orderedtabs247.com/discount-cialis-prices.php great busy hair best generic viagra pills price – at can reason. Am buy discount levitra online it’s more for levitra order on line day. Overall and have here tried. On prescription lexapro With, and bother the looking for viagra drugstores is it mood. Etc buy lexapro online without a rx C… My little received through levitra by mail is envelope viagra uk cheap purchase buy 1-oz using skin. The. I genuine viagra in. In like but cialis order in taiwan 2 paid longer http://rxdrugs-online24h.com/2013/12/03/order-cialis-20-mg I just http://orderrxtabsonline.com/buy-viagra-professional-online/ 3. This and everyday. It where to buy viagra on line and butter.
    mental akan mudah mendapat tekanan dan golongan ini biasanya paling banyak hadapi masalah rambut gugur...hehe..saya salah sorang daripadanya..
  2. Pemakanan harian –> Ramai orang suka makan di luar lebih-lebih lagi fast food. Bahan pengawet/MSG yang banyak terkandung dalam makanan-makanan ini boleh menyebabkan masalah rambut gugur
  3. Hormon –> Hormon juga memainkan peranan sebab itulah biasanya ibu lepas bersalin akan mengalami masalah rambut gugur kerana hormon sering berubah
  4. Penjagaan rambut yang tidak sempurna –> Shampoo yang digunakan mestilah sesuai dengan jenis rambut. Sikat yang kotor juga boleh merosakkan akar rambut akibat habuk2 yang terperangkan dicelahnya. Penggunaan minyak rambut/conditioner juga sering diabaikan sedangkan rambut juga perlukan pelembap agar akar rambut sihat dan tidak mudah rapuh

Apa cara mengatasi masalah rambut gugur?

1. Elakkan diri dari tekanan berterusan. Kalau stress minum air kosong. Kata pakar ia mampu menghilangkan stress plus air kosong juga bagus untuk kesihatan
2. Amalkan cara hidup sihat dan biasakan membelai rambut
3. Amalkan pemakanan seimbang. Kesihatan rambut juga perlukan zat nutrisi secukupnya seperti protein, vitamin C, B-complex, dan zinc. Bagi mereka yang sibuk, pengambilan supplement adalah alternatif terbaik
4. Lakukan penjagaan rambut yang rapi
  • Gunakan shampoo yang sesuai dan ‘mild’ agar tidak menjejaskan akar rambut
  • Setelah shampoo amalkan conditioner/minyak rambut seperti minyak zaitun atau Baby Oil
  • Pastikan sikat kerap dicuci agar habuk tidak terperangkap di celah-celahnya dan merosakkan akar rambut
  • Disarankan ganti sikat 2-3 bulan sekali
  • Sesekali buat spa rambut dengan cara tradisional seperti menggunakan bunga raya. Jom saya share cara tradisional yg memang berkesan ni..

khasiat bunga raya 2

CARA-CARANYA 
1. Ambil beberapa helai daun bunga raya putih yang masih lagi segar-bugar.
2. Ramas daun tadi hingga ia mengeluarkan lendir.
3. Kemudian, sapukan lendir tersebut pada keseluruhan bahagian rambut.
4. Biarkan ia serap sepenuhnya pada rambut dan kulit kepala 
5. Akhir sekali, bilas dan cuci rambut dengan menggunakan air bersih.

Haaaa..mudahkan..harap korang boleh mencubanya dirumah.  Sebenarnya kaedah penjagaan rambut ni mudah sahaja..tapi kadang-kadang kita ambil mudah dan sambil lewa.  Bila rambut banyak dah gugur..br nak tercari-cari apa penawarnya..Oleh itu..sama-sama lah kita menjaga 'mahkota ' kita ni baik-baik.

Sampai jumpa..Assalamualaikum..

GARLIC SHAKLEE MAMPU MEMBANTU MENGAWAL DARAH TINGGI ANDA


Runsing bila anda atau ahli keluarga dah mula ada penyakit darah tinggi? Atau dah mula merungut banyak sangat ubat yg perlu diambil? Anda boleh mengurangkan simptom pening-pening dan mengurangkan tekanan darah tinggi dengan shaklee.  Apakah? 





Haaaa...mesti korang tak suka dan tak nak makan bawang putih gitu-gitu aje kan? Dengan kelatnya, berbau..eeeiiii..mesti korang tak bole nak telan.  So, dengan Garlic Shaklee ni lah korang dapat manfaat yg sama yang ada kat bawang putih tu kerana bawang putih ni bermanfaat untuk mencegah penambahan dan membantu menurunkan berat badan.  Ia juga telah dibuktikan mampu mencegah tekanan darah tinggi, mengubati diabetes serta mengurangkan risiko sakit jantung. 


ANTARA KHASIAT GARLIC 


  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya dan mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.  Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan paras kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke.
  • Menstabilkan glukos
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser- Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4 tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  • Antibiotik yg sellamat dan semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajdi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.
  • Detoksifikasi- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.  Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.  Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia

PENGALAMAN SAYA SENDIRI MAKAN GARLIC

Saya mula mengambil garlic selepas menghadiri beberapa kelas group Shaklee.  Bila dapat tau khasiat garlic, saya pon mencuba mengambil garlic tanpa mengambil ubat yang dibekalkan oleh doktor.  Saya mengambil risiko tidak makan ubat doktor kerana saya sendiri melihat keadaan mak saya yang sudah hampir 15 tahun makan ubat darah tinggi, tapi masih lagi pening-pening kalau tertinggal makan ubat walau sekali. Tetapi masih tiada perubahan.  Saya tak nak bergantung pada ubat semata-mata.  Alhamdulillah, selepas consume garlic secara konsisten setiap hari, selama 6 bulan, tekanan darah saya berada ditahap yang normal.  Bukan itu saja, saya juga jarang diserang selsema..kalau kena pon, sekadar singgah sekejap aje..pastu dah hilang..hihi..Alhamdulillah ..

Sebenarnya, banyak lagi set Shaklee yang boleh membantu anda mengawal darah tinggi.  Tapi untuk kali ini, saya share kebaikan Garlic ni dulu yek..Anda mampu mengubahnya..saya sudah..anda bila lagi?

Sampai jumpa..Assalamualaikum