RISIKO, JENIS DAN CARA MENGATASI MASALAH BATU KARANG


Baru-baru ni ada 2 orang cikgu kat sekolah saya masuk hospital sebab batu karang.  Sorang batu karang dalam hempedu, sorang lagi dalam buah pinggang.  Sampai kena operate.  Dua-dua tak tau mereka ada batu karang.  Perasan bila nak buang air kecil rasa tak lawas.  Pastu rasa sakit dan tak selesa kat pinggang.  Bila pergi check dgn doktor, doktor terus sahkan dah ada batu karang.  Tak terkejut diorang..bila tiba-tiba doktor cakap ada batu karang sebab mereka sendiri tak tau apa simptom atau tanda-tanda sakit batu karang.  Atas kesedaran itu, saya pun cari maklumat tentang batu karang yang saya sendiri dan mungkin juga ramai yang tidak tahu punca dan simptomnya.  Mari saya kongsi dengan korang semua...

Atasi Saki Batu Karang




Air kencing mengandungi garam galian yang hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dipanggil ‘batu’.
Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan. Adakalanya dinamakan renal colic iaitu sakit teruk pada sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.
Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasa sebarang tanda. Tapi ada juga yang berasa terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit ialah melalui pembedahan selain rawatan ultrabunyi.
Risiko Terjadinya Batu Karang
  1. Kurang minum air : Jika tidak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.  Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  2. Sejarah keluarga atau sendiri : Masalah batu karang juga disebabkan faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  3. Umur : Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  4. Jantina : Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  5. Penyakit tertentu : Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  6. Kesan sampingan ubat : Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  7. Pemakanan : Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  8. Kurang bergerak : Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.


4 Jenis Batu Karang
  1. Batu kalsium : Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  2. Batu struvite : Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  3. Batu asid urik : Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  4. Batu sistein : Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino yang berlebihan.

Batu Karang Dalam Buah Pinggang

Terjadi akibat pertumbuhan kristal halus daripada beberapa jenis kimia seperti kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine serta magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.
Kebanyakan batu tumbuh dan membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan menjadi bertambah besar. Masalah akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar hingga mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing.
Cara Mengubati
Kaedah merawat berbeza mengikut keadaan. Jika batu-batu ini dapat keluar secara semula jadi, pesakit akan disuruh minum air dengan banyak iaitu tiga liter sehari. Cara ini dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga perlu diubah bagi mengurangkan bahan kimia yang ada dalam badan pesakit.
Bagi kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, pembedahan akan dijalankan. Penyakit ginjal memerlukan rawatan sepanjang hayat. Jika tersekat dan kuman mula merebak, ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
 Batu Karang Dalam Hempedu
Hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil.
Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.
Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) yang akan mula memecahkan lemak dalam makanan.
Tetapi, jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ini akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.

Cara Mengubati

1. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop iaitu sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil untuk memecahkan batu. Hanya beberapa lubang kecil akan dilakukan dan pesakit akan berasa kurang sakit.
2. Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas pembedahan dilakukan, hati akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencerna diet yang normal.
3. Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batubatu kolestrol dalam tempoh yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
4. Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu karang. Namun, batu ini akan terbentuk kembali melainkan jika mengambil ursodial secara berterusan.

Langkah Mengatasi Masalah Batu Karang
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Cara Tradisional Merawat Batu Karang
Nenas
Kupas sebiji nenas, cincang kemudian campurkan dengan segelas air bersama sedikit garam.  Kemudian kisar sehingga halus.  Amalkan minum segelas sehari.

Lobak Putih
Cara yang sama seperti nenas juga.  Kisar dan jadikan jus.  Jangan minum setiap hari kerana jus lobak putih agak 'tajam'.  Cukuplah minum 2 kali seminggu sahaja.



Bagaimana korang?  Banyak yang kita tak tau kan pasal batu karang ni?  Merbahaya kalau kita tak jaga dan cegah dari awal.  Jadi, itu saja yang dapat saya kongsikan utk entry kali ni.  Mari kita jaga kesihatan demi hidup yang lebih sihat.

Sampai jumpa. Assalamualaikum..






No comments:

Post a Comment