BAGAIMANA MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Entry saya sebelum ini saya telah mengupas beberapa punca dan gejala darah tinggi.  Kali ini saya suka nak share beberapa langkah yg saya perolehi dari pembacaan saya tentang cara nak mengurangkan tekanan darah tinggi.  Jom kita baca.............  


Tekanan Darah (Hypertension)

Gejalanya tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa.  Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi .  Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung ataupun strok.
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.
  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, cuba ikuti langkah berikut:
  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat, 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mempercepatkan proses penyerapan ubat pemberian doktor. Saya sendiri dpt mengawal tekanan darah kepada paras normal selepas berjaya nenurunkan berat badan.
  2. Bersenamlah sekerap yang mungkin. Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4 kali seminggu. Lakukan aktiviti berjoging, aerobik, bermain badminton, bolasepak atau ke gym. Pada masa yang sama ini juga membantu mengurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air dan tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.   
  5. Kurangkan Stres. Stres ditempat kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi menyumbang kepada peningkatan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.  Bergaul dan berkawan dgn mereka yg berfikiran positif dan terbuka..jadi kita akan selalu gembira tanpa dibelenggu stres.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.                                
  7. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.




No comments:

Post a Comment