9 SEBAB UTAMA SUKAR TURUNKAN BERAT BADAN


Menurut satu sumber, Malaysia menduduki tangga teratas dikalangan negara Asean dan yg keenam di Asia Pasifik berhubung masalah obesiti atau kegemukan.


Gaya amalan hidup tidak sihat merupakan mengapa kita sukar mengatasi masalah obesiti.
Apakah amalan yang menghalang kita untuk turunkan berat badan?

1. Tak ambil sarapan pagi 

Sarapan pagi amat penting bagi kita untuk memulakan hari sekaligus mencergaskan minda.  Kajian menunjukkan orang yg bersarapan secara tetap menikmati hidup yg berkualiti, tersusun, bersikap positif, memiliki daya tumpuan yg lebih baik serta lebih langsing.  Ini kerana pemilihan sarapan yg kaya dengan karbohidrat mampu menahan lapar dan keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dan makan tengahari.

2. Tak cukup tidur

Mereka yg tidak cukup tidur akan merasa cepat lapar dan lebih cenderung mengambil makanan yg lebih manis serta karbohidrat yg tinggi.

3. Banyak minum air manis (air tin, berkarbornat)

1 tin air berkarbornat mengandungi sekurang-kurangnya 7 sudu gula bersamaan dengan 248 kalori.  Pengambilan gula berlebihan merosakkan diet dan membuatkan kita makan dengan berlebihan dan menyumbang kepada kegemukan.

4. Makan terlalu cepat

Makan dalam keadaan yg tergopoh gapah sehingga tidak memberi ruang kepada perut utk menghadam makanan.

5. Kurang minum air masak

Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif.  Bukan sahaja dapat turunkan berat badan tetapi jadi lebih sihat.  Ikut aturan minum air yg betul dan waktu yg tepat bagi memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh.

➡ 2 gelas sebaik bangun tidur untuk kelancaran proses penghadaman
➡ 1 gelas sebelum mandi untuk merendahkan tekanan darah
➡ 1 gelas sebelum tidur untuk mengelakkan strok atau serangan jantung

6. Makan bila tertekan atau stress

Ramai diantara kita beranggapan bila makan banyak..kita mampu melupakan segala masalah yg kita hadapi.  Padahal makan dalam keadaan fikiran yg tidak tenteram lebih menyumbang kepada keburukan dimana seseorang akan makan berlebihan tanpa mereka sedar.

7. Pengambilan karbohidrat yg berlebihan

Makanan yg kita makan dihadamkan menjadi tenaga dalam bentuk glukosa.  Karbohidrat adalah sumber utama glukosa kepada tubuh manusia.  Tanpa karbohidrat kita akan rasa letih, lesu dan tidak bermaya.  Karbohidrat penting tapi bukan semua karbohidrat itu sama.  Ia dikategorikan mengikut kesannya kepada paras glukosa dalam darah selepas makan dan ini dipanggil Indeks Glisemik (GI).
Oleh itu, kita perlu memilih makanan berkarbohidrat dengan nilai GI yg rendah dan sederhana.  Makan makanan yg mempunyai nilai GI yg tinggi secara berlebihan akan menyebabkan masalah perut buncit dan kegemukan.  Ini kerana makanan ini menyebabkan glukosa berlebihan dalam darah dan disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak tertentu dikawasan perut dan dalam abdomen disekeliling organ dalaman seperti hati, limpa dan usus.  Keadaan ini menyebabkan seseorang kelihatan buncit.

8. Malas bersenam

Ini salah satu aktiviti yg sukar kita lakukan.  Ramai yg lebih memilih utk ke pusat membeli belah dari bersenam.  Mereka menganggap aktiviti bersenam sepeti bersukan, senamrobik dan berjoging adalah aktiviti yg amat memenatkan.  Tanpa mereka sedar aktiviti inilah yg mampu membakar kalori dalam badan seterusnya membakar lemak yg terkumpul dalam badan.

9. Makan lewat malam

Tabiat ini seolah-olah menjadi tabiat rakyat kita.  Berkumpul bersama keluarga mahupun kawan-kawan dengan aktiviti makan malam.  Makan dengan banyak ditambah minum minuman manis adalah aktiviti yg tidak sihat.  Apa kata..kita ubah waktu perjumpaan pada waktu siang atau masa yg sesuai tp bukan pada waktu malam bagi mengelakkan kita makan berlebihan pada waktu malam dan terus tidur tanpa makanan sempat untuk dihadam.

Sebenarnya...cara kita, cara pemakanan kita..kita sendiri yg tentukan.  Fikir dan bertindak bagaimana kita mahu mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan idaman kita sekaligus memiliki kesihatan tubuh badan yg lebih baik.

Jaga kesihatan..minda cergas badan pun sihat.

Sekian.sampai jumpa.










8 PENDEKATAN MENANGANI ANAK MELAWAN KATA

Tentu sakit hati kita bila anak-anak sudah pandai melawan kata.  Sepatah kita cakap, 10 patah dijawab. Pasti terasa malu bila berlaku dikhalayak kan?  Seolah-olah kita tidak pandai mengajar anak tentang adab sopan bila bercakap.  Bagi mengelakkan sikap negatif ini berterusan hingga dewasa, mari kita kongsi bersama pendekatan berikut.

1⃣ Cakap sekali sahaja

Praktikkan dengan menggunakan isu anda sebagai contoh dan kemudian jangan mengungkit lagi.  Biarkan sahaja komen kurang enak dari anak kita.  Tinggalkan situasi ketika itu utk biasakan mereka dengan perkataan - Sudah!

2⃣ Bagi peluang mereka merungut

Asalkan segalanya dilakukan tidak melampaui batas, beri mereka peluang bersuara.  Paling tidak mereka akan bertanya ' kenapa saya kena buat camtu?'.  Tapi tak semestinya kita perlu menjawab.  Biasanya mereka merungut walau pada hakikatnya mereka akan menurut walaupun tak suka melakukannya.

3⃣ Tetapkan peraturan utk berdebat

Ada juga diantara anak-anak kita suka berdebat tentang sesuatu isu.  Jika begitu, tetapkan bagaimana cara isu itu boleh didebatkan.  Misalnya, tak boleh tinggi suara, tidak memanggil dengan nama yang bukan-bukan dan mendengar cakap-cakap orang lain secara senyap.  Syarat tersebut melatih mereka membuat pilihan dimasa hadapan.  Selain itu kita perlu memahami ada sesetengah isu yg tidak boleh didebatkan dan memberi hak mutlak kepada kita sebagai ibu bapa membuat keputusan.  Jawapan seperti ' isu ini tidak perlu dibincangkan' adalah salah satu jawapan yg tepat.


 4⃣ Berikan pilihan

Daripada sekadar memberi anak arahan, cuba tawarkan anak utk membuat pilihan atau alternatif.  Anak yg suka berdebat biasanya tidak akan mempunyai banyak peluang utk berlatih kemahiran tersebut jika anda menawarkannya pilihan.  Contoh : ' Buat kerja sekolah awak sekarang'.  Tapi cuba tukarkan kepada ' Awak nak buat kerja sekolah atau menyapu rumah dulu?'.

5⃣ Jelaskan harapan anda

Luangkan masa untuk jelaskan kepada anak kenapa dan mengapa kita menegur mereka. Apa akibat dan kesannya.  Dengan cara ini, mereka mampu membezakan mana baik dan buruk sesuatu perkara itu.  

6⃣ Jangan biarkan

Bila anak-anak melawan kata-kata kita, hentikan perbualan dengan serta merta.  Beritahu mereka yg anda tidak dapat bertoleransi dengan sikapnya yg tidak menghormati anda.  Apabila situasi kembali tenang, anda boleh memutuskan akibat atau hukuman terhadap mereka yang melawan cakap anda.

7⃣ Didik

Jika anak anda yg biasanya menunjukkan rasa hormat tiba-tiba berubah sikap, renung matanya dengan sungguh-sungguh dgn berkata ' apa yg sedang awak lakukan adalah salah dan ini sesekali tidak dibenarkan!. Cuba ingat kembali kenangan kita masa kecil dulu.  Mak kita selalu besarkan mata kat kita kalau kita tak dengar cakap.  Secara automatiknya kita akan takut kan? Hehe..Cuba ceritakan kisah tu pada anak-anak kita..mesti mereka tertarik dengan cara atuk nenek mereka dulu.


Sebenarnya didikan anak adalah bermula dari kita sendiri sebagai ibubapa.  Kitalah role model mereka.  Tunjukkan sifat dan tauladan yg baik kepada mereka maka itulah ikutan mereka.  Terapkan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka supaya terdorong menjadi anak yg soleh dan solehah.  Didikan agama dari awal sangat penting bagi membentuk peribadi dan sahsiah yg mulia.  Anak adalah permata, jaga dan sayangi mereka.  

Sekian..sampai jumpa. 

9 TIPS ELAK MAKAN BERLEBIHAN

MAKAN..Nama pun sedap dan mengasyikkan apatah lagi hidangan yg dimakan merupakan makanan kegemaran. Aiskrim 🍦, coklat 🍫 kek 🍰, tambahan pula nasi dan lauk pauk yg pelbagai jenis 🍚🍲.  Disebabkan terlalu asyik, kadang-kadang tak sedar yg kita sudah makan keterlaluan.  Kalau diamalkan selalu, ia sangat bahaya utk kesihatan kita.  Silap-silap obesiti yg menjengah.

Jadi, ada beberapa tips yg boleh membantu kita mengawal tabiat makan kita seharian..Jom kita baca 😉

🌻 Makan dengan perlahan

Makan terlalu cepat membuatkan anda cenderung makan berlebihan.  Kadar respons organ pencernaan tubuh lebih lambat berbanding dgn kecepatan makanan yg masuk ke dalam tubuh.  Jadi, cubalah makan perlahan-lahan agar tubuh sempat memberikan signal bahawa anda sudah kenyang.

🌻 Ambil nafas

Setelah mencuci tangan dan duduk di meja makan, jangan terburu-buru mengambil makanan yg dihidangkan.  Ambil nafas dan perlahan-lahan mengambil makanan sebelum dimakan.  Dengan cara ini, anda akan sedar dgn apa yg dihidangkan di atas meja dan apa yg sedang anda nikmati.  Ingat masa mula-mula makan kat rumah bakal mertua dulu..mesti malu-malu kannnn..😊

🌻 Beri perhatian

Pelik kan? Ini kerana makanan yg enak dan menarik, tentunya bukan hanya mulut dan tekak sahaja yg perlu menikmatinya.  Mata dan fikiran anda juga perlu sama-sama mendapat habuan utk menikmatinya bukan? 

🌻 Selesaikan setiap kunyahan

Jangan sesekali memotong makanan lain di dalam pinggan anda sebelum makanan yg anda sedang kunyah telah habis ditelan.  Contoh ketika anda makan stik.  Pastikan bahagian yg anda sedang kunyah telah habis ditelan, barulah anda potong bahagian kecil yg lain utk dimakan.  Rasionalnya, ini adalah cara terbaik anda supaya tidak terburu-buru menelan makanan yg belum habis dikunyah semata-mata kerana makanan digarpu sudah tersedia dan menunggu utk disuapkan ke mulut.  Islam juga ada mengajar kita, kunyahlah makanan sehingga 44 kali sebelum mengunyah suapan yg seterusnya.

🌻 Potongan kecil

Ini sebenarnya boleh membantu anda utk lambat menyuap makanan seterusnya ke mulut.  Juga boleh melambatkan anda makan agar memberi peluang kepada tubuh memberi signal anda sudah kenyang.

🌻 Aktiviti

Jangan makan sambil tengok tv, bekerja atau membaca.  Makan sambil melakukan aktiviti tidak memungkinkan anda utk menikmati makanan sepenuhnya.  Sedar tak sedar anda sudah makan berlebihan.

🌻 Kawal kuantiti

Ketika di gerai atau restoran, kuantitinya mungkin sukar dikawal, tetapi anda boleh memilih makanan dengan mengurangkan  kuantitinya.  Contohnya nasi berlauk, anda mungkin melebihkan lauk yg berasaskan sayuran dan mengurangkan pengambilan nasi.  Anda mampu mengubahnya.

🌻 Gantikan ukuran pinggan

Biasanya mungkin anda menggunakan pinggan nasi yg leper dan besar.  Pinggan sebegini memperlihatkan seolah-olah anda mengambil sedikit sahaja makanan kerana ilusi ruang pinggan yg besar.  Apa kata, lepas ni anda tukar kepada pinggan yg lebih kecil.  Ia sangat berguna kerana makanan yg anda letakkan di pinggan kelihatan penuh dan banyak seolah-olah anda makan terlalu banyak seterusnya takut utk menambah makanan lagi.  Betul tak? Cubalah..ini pasti berhasil.

🌻 Tunggu waktu

Kalau rasa nak menambah juga, cuba tunggu seketika kerana makanan yg dimakan tadi masih belum dicernakan dengan sempurna di dalam perut anda dan membuatkan anda berasa masih lapar.  Jika dalam tempoh 10 hingga 20 minit anda masih juga terasa lapar, tambahlah makanan dan segera berhenti jika sudah kenyang.

Bagaimana? Boleh tak ikut tips tersebut? Hihi..mungkin ada diantara kita menganggap tips ini terlalu leceh dan rumit utk diikuti..tetapi saya percaya yg anda boleh melakukannya demi menjaga kesihatan yg optimum dan mengelakkan dari obesiti.  Ingat, penyakit bermula dari perut iaitu makanan yg kita ambil.  Mencegah lebih baik dari mengubati.

Sekian..sampai jumpa 😊